Thursday 19 June 2014

"Saya Seorang yang Mudah Belajar & Pencinta Flora dan Fauna"-Mister Kedah


KREDIT FOTO : SHAHGREEN

Jika tahun lepas, Eizaaz Farez Zakaria tampil penuh bergaya lalu dinobatkan sebagai Mister Planet Malaysia 2014 dan bakal ke Filipina mewakili Malaysia, adakah pada tahun ini wakil Kedah, Asrulraihan Khairuddin bakal mengikut jejak langkah yang sama dinobatkan sebagai juara? Ayuh selami dan terokai jiwa gagah dan perjalanan seorang jejaka yang mempunyai ketinggian 178cm ini dalam persediaan beliau menjelang final Mister Planet Malaysia 2015 tidak lama lagi.

“Saya sudah membuat serba sedikit research tentang male pageant, rainforest dan juga cara untuk menjaga dan memulihara alam sekitar. Perkara yang penting juga, saya turut ke gym untuk mendapatkan bentuk badan yang lebih menarik dan mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat disamping memberikan daya saing yang tinggi dalam MPM2015-Road to Madrid, Spain”, ujarnya pembuka bicara.
KREDIT FOTO : ADIB SC PHOTOGRAPHY
Jejaka yang meminati aktiviti sukan scuba diving ini selalunya meluangkan masa bersama teman dengan melakukan perkara yang sihat seperti bersukan ataupun mungkin hanya bersantai dirumah pada hujung minggu. “I love scuba diving and i do have advance scuba diving lisence but now almost a year and half i have not dive”, tambahnya.
“Saya seorang yang mudah belajar dan pencinta flora dan fauna”, madahnya bertenaga. Ya itulah yang kita mahu dan perlu ada buat jejaka Mister Planet. Kelebihan tersebut juga terdapat dalam diri wakil Kedah ini apabila beliau tidak menafikan bahawa perasaan cinta terhadapa flora dan faunan antara ciri yang perlu ada selain ‘fast learner’ kerana baginya turut memudahkan untuk melakukan aktiviti.

DEFINISI MISTER PLANET BAGI MISTER KEDAH : “Mister Planet respresent the modern men and also the beauty ambassador around the world. Besides, for me MP also oresents as a role model in the society to protect the rainforest and the environment because we do need somebody to be a savior for the wild animals and the rainforest that have been extinct from our planet every single day.  For me, the criteria to be a MPM, firstly, you need to love your planet, have the heart to protect the rainforest and wild animals, good attitude and also a humble person with great IQ”

FINAL QUESTION :
Bagaimana anda memulihara alam sekitar?

“Bagi saya, untuk memulihara alam sekitar, kita perlu memperbaik sistem pembangunan dimana hutan simpan haruslah dkekalkan dan hanya menjalankan pembangunan di tempat yang perlu sahaja. Kesedaran terhadap alam sekitar juga perlu ada pada setiap orang di Malaysia untuk menjaga kesejahteraan alam sekitar untuk dinikmati oleh generasi akan datang”.
KREDIT FOTO : SHAHGREEN
DOMINASI LELAKI : Kami di DL akan sentiasa menyokong dan memberikan sokongan padu kepada peserta yang bertanding, semoga mendapat kecemerlangan di pentas akhir kelak. Adakah Mister Kedah menjadi pilihan anda untuk Mister Pilihan Dominasi Lelaki? Jangan lupa undi beliau dengan menekan butang LIKE pada gambar Mister Kedah di page rasmi kami di DOMINASI LELAKI


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...