KREDIT FOTO : JASON OUNG PHOTOGRAPHY |
“Saya tidak akan pernah meletakkan
diri di zon yang selesa”, itula antara bait-bait kata dari pemegang nama
Mohamad Firdaus Bin Mohd Shahir, seorang jejaka yang mewakili negeri Johor
dalam Mister Planet Malaysia 2015-Road to Madrid, Spain pada tahun ini. Seperti
jejaka dan peserta yang lain, jejaka berumur 24 tahun ini juga dalam persediaan
yang sangat rapi menjelang final pada hujung minggu ini dan beliau menekankan 2
aspek utama iaitu fizikal dan mental. “Saya harus lipatgandakan usaha untuk ke
gimnasium bagi membentuk otot, saya tahu agak sukar dalam masa sebulan lebih
sebelum final memang tidak sempat, tapi sekurang-kurangnya saya akan cuba
perbaiki kekurangan dan mencuba sebaik mungkin bagi memberikan saingan kepada
peserta-peserta lain”.
Seperti sedia maklum, pemilihan Mister
Planet Malaysia bukan bersandarkan kepada rupa semata-mata, akan tetapi ianya
mestilah meliputi aspek yang menyeluruh. Jejaka mempunyai ketinggian 180sm ini
juga punyai jawapan sendiri, “Ilmu pengetahuan amat penting, saya sedang
memperbanyak membaca dan menambah seberapa banyak ilmu berkenaan pemiliharaan
dan pemuliharaan alam sekitar memandangkan tema MPM15 adalah ‘RAIN FOREST’ ,
jadi saya mengkaji sebanyak mungkin aktiviti yang boleh dilaksana atau inovasi
terbaru tentang penjagaan alam sekitar terumata hutan hujan Malaysia”, ujarnya.
Walaupun memiliki jadual yang agak
padat bagi bagi pelajar Master bidang Pendidikan ini, beliau juga sempat
mencuri masa dan melakukan aktiviti pilihannya pada hujung minggu. '‘Saya
meminati sukan lasak seperti rock climbing dan abseiling. Tambahan lagi, saya
merupakan pemain hoki di UKM dahulu dan amat gemar akan melancong dan beriadah
terumata di pantai serta mendaki gunung jika punyai kelapangan”.
“Saya berpegang pada prinsip ‘A Great
Figure or Physique is Nice, but It’s Self-Confidence that Makes Someone Really
Sexy’, jadi mungkin itu menjadi senjata ampuh saya untuk memberikan yang
terbaik pada kemuncak MPM2015 ahad ini”, katanya penuh semangat. Tambah beliau,
tidak mahu bersandarkan kepada ilmu pengetahuan semata-mata, beliau mahu tampil
dan dikenali sebagai seorang yang serba boleh dan dengan kelebihan yang ada
seperti melukis dan mengacara, diharapkan gabungan tersebut bukan sahaja
menampakkan seseorang itu kacak dari lahiriah semata malahan terpancar dari
dalamannya. Tambah beliau, “Beauty is not in the face, beauty ia s light in the
heart”.
FINAL QUESTION
Bagaimana anda boleh memulihara alam
sekitar?
“Saya merupakan pelajar Master dalam
Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di UKM. Sudah semestinya saya terlibat
secara langsung dalam persatuan-persatuan pencinta alam sekitar. Fakulti saya
sendiri membuat program berkaitan pemuliharaan alam sekitar bagi membangkit
kesedaran serta rasa kebertanggungjawaban diri dalam memahami Planet kita yang
semakin nazak ini. Kita perlu sedar bahawa antara Flora dan Fauna memang tidak
boleh dipisahkan, asimilasi ini bagai isi dengan kuku, bagai irama dan lagu
dalam memasyikan kelangsungan dan kebergantungan manusia terhadap alam sekitar,
kita semua perlu berganding bahu memulakan anjakan paradigma dan menanam cinta
terhadap alam sekitar”.
TRIVIA : Jejaka yang mesra disapa Afie
ini pernah memenangi Pencarian TOP HOST bersama TV-AlHijrah, Pemenang La’MODE
Academy Modeling ICON Search 2014, Finalist Runway Modeling Search 2014 dan
kini beliau bekerja di Majlis Profesor Negara sebagai penolong pengurus.
DOMINASI LELAKI : Kami di DL akan
sentiasa menyokong Mister Johor dan memberikan sokongan padu kepada peserta
yang bertanding, semoga mendapat kecemerlangan di pentas akhir kelak.
No comments:
Post a Comment